| |

Meke2 yg ska bebel

Thursday, May 26, 2011

Jadi orang Islam beruntung, agama tak suruh berbungkus macam pocong!

Salam to all readers~ =)


Ini bukan entri untuk menyinggung mana-mana pihak, sekadar memberi peringatan kepada diri sendiri dan juga sahabat-sahabat yang saya kasihi sekalian. Bila keluaq je, rasa nak terjojol biji mata, bertudung tapi ketat sana ketat sini, bertudung tapi dedah sana dedah sini. Nampak sana nampak sini, mak aih, I pown dah jadi seksa yang lawan jantina pon freeeee je dapat dosa kering. Meh dengaq cerita budak-budak zaman sekarang.... Layaaaaaaaaaaaaannn~


Baca ni, takut tak?

"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya"(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sedangkan bau syurga ni boleh dihidu berpuluh-puluh ribu tahun perjalanan (ke ribu eh)

"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri orang-orang mukmin hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak akan diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"
(al-Ahzab:59)

Tak takut lagi....???

"Wahai anakku Fatimah, adapun perempuan-perempuan yang akan digantungkan rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya."(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Alamakk....
"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari Akhirat nanti."(Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasaii dan Ibn Majah)
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka"(An-Nur:31)

Pakai tudung tapi telanjang
Itulah gaya orang sekarang
Mana tidaknya, ukuran body semua terang-terang
Yang mana kendur yang mana tegang

Baju nipis nampak bayang
Paha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang

Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Di sudut agama pun gaya tak berkat

Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak garis
Mata orang terbeliak kita membengis
Bila kena kutuk kenapa menangis

Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat di punggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong

Apa rasanya kepala bertudung kain terbelah
Kalau takat rambut orang kurang ghairah
Lainlah kalau peha gebu atau ternampak lurah
Mata yang memandang boleh keluar darah

Kebaya ketat kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah

Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung
Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun muncung

Dah kalau minat bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu mendung
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung

Bertudung bukanlah paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu lah pasal fesyen pun yang bukan-bukan

Dalam setiap perbuatan kita mulakan dengan niat
Macam tu hok bertudung janganlah konon nak tunjuk taat
Alamat pahala lebur dosa bertingkat-tingkat
Fesyen pun macam tak kena tempat

Baik tak bertudung kalau hanya nak rosakkan imej
Walhal Islam suruh pakai yang sopan dan manis
Dah kalau takai pakaian mengalahkan pengemis
Atas tutup bawah bukak ni apa punya jenis?

Banyak salah faham bila mula bertudung
Maknanya no fesyen2 only the baju kurung
No more pant suit, kebaya or kebarung
Dah kalau macam tu baik duduk berkurung

Bertudung bergaya biarlah sempurna
Tak jadi bahan kutuk jangan pula menambah dosa
Pun tak usahlah terlebih gaya
Islam itu suka yang sederhana

Bersamalah kita mengkaji semula
Pakaian kita yang bagaimana gayanya
Andai belum betul-betul bersedia
Janganlah kita mencemar kesuciannya

Layaaaan lagi......


Sama gak cancel
Tudung takat tutup rambut je, cancel

erk, apa kes ni? lagi CANCEL!

tudung atas dada, ketat, ketat, cancelllll

legging ketat dek, cancel
waaaah ni paling kreatip sekali! mini skirt jeans & singlet, jarang, ketat, cancelll!

Tak payah pakai tudung je lah, lengan nampak, rambut dah taw panjang mane dah, seluaq jin hang tu pown dah ketat, cancel..

waaah kau, hang pakai seluaq pendek! awat naaa? hang tok sah la lagu tu, Cancel...


Kalau lagu ni lah semua pattern nya, cancel lah semua ni nak jadi calon menantu I doplohlapan tahun lagi....

Umat Islam saling berpesan-pesan. Itulah indahnya hidup bersama saudara. Soal aurat kalau memang tak ada kesedaran, memang susah nak diperbetulkan, sebab pemakaian, wanita selalu jadi mangsa gangguan seksual, bermula lah gejala sosial etc. etc.Bertudung tapi nampak jambul, pakai baju jarang-jarang, ketat sana ketat sini, inilah yang dikatakan, berpakaian tapi BERTELANJANG.

Saya tak layak untuk menasihati, ye, diri sendiri belum sempurna. pergghh terkena habis lah. T____T tapi, jika anda timbul rasa keinsafan setelah membaca semua ni, alhamdulillah anda masih punya hidayah yang insyaallah suatu hari nanti hidayah anda akan merubah anda, tapi sebaliknya, jika anda mencemuh, mencebik, segala macam me- lah, sila check hati anda.

Peringatan bersama, bertudung yang bagaimana sempurna? Jangan sampai mempersendakan agama... Maaf andai ada yang terkena, tegurlah demi kebaikan. (diri sendiri juga terkena)

"Jauhkanlah orang yang menjadikan agama sebagai permainan dan hiburan. Mereka terpedaya dengan kehidupan dunia. Dan berilah peringatan dengannya (al-Quran) semoga tiada siapa yang menerima azab disebabkan ushanya. Tidak ada baginya penolong dan pemberi syafaat selain daripada Allah. Jika engkau hendak menebus kesalahan dengan segala jenis tebusan, tidak akan diterimanya. Mereka tetap menerima azab disebabkan perbuatan mereka. Untuk mereka minuman air yang mendidih serta azab yang sangat pedih disebabkan kekufuran mereka." (al-An'am:70)

p/s: gambar di google. Waah, umat Islam makin kreatif! Tutup aurat bukan tutup urat! =) Chill~

1 comment:

Anonymous said...

tak tahu la...mcm2 la gaya perempuan nie...