| |

Meke2 yg ska bebel

Saturday, February 26, 2011

BILA LELAKI KEHILANGAN TULANG RUSUK

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh


WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?

LELAKI: Kamu!!!

WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?

LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku.


Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur,Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulangrusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya... Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuksementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan. Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain.


Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!". LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!! "Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing". Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA.


WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya. Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA. Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.


LELAKI: Apa khabar?

WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?

LELAKI: Belum.

WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."


Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.


*Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat...

*Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati. Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? JIka merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

*Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??


✿ Prinsip ABC ✿

✩ A mbil yang baik

✩ B uang yang buruk

✩ C iptakan yang baru


Keep Istiqomah wa HAMASAH

Thursday, February 24, 2011

Game ayat best... JOM CUBA!!!

Ayat2 Tarikh Lahir


1-Ambil ayat dari bulan korang lahir:


January--------aku sepak

February-------aku lompat atas

March-----------aku karate

April-------------aku cium

May--------- ----aku terajang

June-------------aku peluk

July--------------aku buat sardin dengan

August-----------aku makan dengan

September------aku menari dengan

October----------aku menyanyi dengan

November-------aku jelir lidah kat

December-------aku lari keliling


2-Ambil ayat dari hari tarikh lahir korang:


1------- burung hantu

2------- makluk asing

3--------public phone

4------- basikal aku

5------- lelaki salji

6------- gangster kampung

7--------mobile telefon aku

8--------hantu jepon

9--------kawan baik nenek aku

10-------kawan lembu aku

11-------cikgu lama aku

12-------kerbau ayah kawan aku

13-------ahli bomba

14-------lembu mak aku

15-------kambing ayah aku

16-------kapak mak aku

17-------lesung batu

18-------pedang aku

19------ lelaki lembut

20-------tikus adik aku

21------ ninja

22-------Chuck Norris

23-------mee kari adik aku

24-------kambing aku

25-------pemain bola sepak

26-------buaya

27-------ayam serama

28-------ipod aku

29-------kucing engkau

30-------kutu rayau

31-------hantu jepun


3-Ambil ayat dari hujung tahun korang di lahirkan:

(p/s:untuk tahun ambik no akhir ajer)


1--------- di dalam kereta aku

2 ---------di atas katil engkau

3 ---------di dalam jamban

4 ---------di bawah katil

5 ---------di atas motosikal

6 ---------di bawah jambatan

7 ---------di atas bumbung rumah

8----------masa makan atas meja

9 -------- semasa jalan2 cari kucing adik aku

0 -------- di dalam bilik tokwan


4-Ambil ayat dari color yang korang suka:


putih---------sebab aku suka macam tu

hitam--------sebab aku memang degil

Pink----------sebab aku memang terer

merah-------sebab ade suara yang bagitau aku

biru----------sebab aku seksi dan aku boleh buat

hijau---------sebab aku betul2 serius nak lakukan

Purple-------sebab ada orang suruh

kelabu-------sebab aku tak boleh control diri aku

kuning-------sebab ade orang ofer aku 10 rm

Orange------sebab aku pikir aku bijak

cokelat------sebab aku memang boleh buat

lain2---------sebab diri aku seorang ninja!


Contoh ayat lahir pd 29/06/1989 (p/s:untuk tahun ambik no akhir ajer)


aku peluk kucing engkau semasa jalan2 cari kucing adik aku sebab aku betul2 serius nak lakukan...


hek3...selamat memcuba....


Wednesday, February 23, 2011

Sengal Zone : Saya Dah Berpunya !


salam....
kabare semua~~~lama x dengar khabar berita...harap2 sihat sentiasa...hari ini aq tiba2 rajin pula nak join segmen encik sengal man...lama dah x join rasanya...macam biasalah kalau join mesti ada soalan yang disediakan,dan kenalah jawab..soalan2nya adalah seperti berikut...

  • Jawab soalan berikut :
    • Status anda? ( Kecuali SINGLE )
    • Tunangan orang~~(pewit~~)
    • Berapa lamakah hubungan anda dengan si dia?
    • Hubungan kami bertahan sehingga sekarang selama 2tahun 4bulan 2hari~~~
    • Siapa nama insan bertuah tersebut?
    • Mohammad Zulkalnain Alias ( cikeding ding~~) nie link blog beliau kalau nak usha tengak siapakah belaiu~~ http://tekan-tekan.blogspot.com


dah ciap...sekian terima kasih...

Tuesday, February 22, 2011

Saya bersyukur kerana SAYA TIDAK CANTIK

Kerana saya tidak cantik..

saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.

Kerana saya tidak cantik..

saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.

Kerana saya tidak cantik..

saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.

Kerana saya tidak cantik..

saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.

Kerana saya tidak cantik..

saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita, dan kerana saya tak cantik, akhirnya saya menemui insan yang mencintai saya seadanya.

Paling penting, kerana saya tak cantik..

saya sentiasa mencuba untuk menjadi cantik pada pandanganNya. Cantik pada pandangan manusia bukanlah apa-apa.


Monday, February 21, 2011

FACEBLOG!!! JOM JOIN!!!!






~~salam semua moh join faceblog~~

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH


Edit

click gambar untuk kew faceblog...

Sunday, February 20, 2011

Just the Way You Are

suka lagu nie...jom nyanyi ramai2..

Just the Way You Are – Bruno Mars Song and Lyrics Code

Oh her eyes, her eyes
Make the stars look like they’re not shining
Her hair, her hair
Falls perfectly without her trying

She’s so beautiful
And I tell her every day

Yeah I know, I know
When I compliment her
She wont believe me
And its so, its so
Sad to think she don’t see what I see

But every time she asks me do I look okay
I say

When I see your face
There’s not a thing that I would change
Cause you’re amazing
Just the way you are
And when you smile,
The whole world stops and stares for awhile
Cause girl you’re amazing
Just the way you are

Her nails, her nails
I could kiss them all day if she’d let me
Her laugh, her laugh
She hates but I think its so sexy

She’s so beautiful
And I tell her every day

Oh you know, you know, you know
Id never ask you to change
If perfect is what you’re searching for
Then just stay the same

So don’t even bother asking
If you look okay
You know I say

When I see your face
There’s not a thing that I would change
Cause you’re amazing
Just the way you are
And when you smile,
The whole world stops and stares for awhile
Cause girl you’re amazing
Just the way you are

The way you are
The way you are
Girl you’re amazing
Just the way you are

When I see your face
There’s not a thing that I would change
Cause you’re amazing
Just the way you are
And when you smile,
The whole world stops and stares for awhile
Cause girl you’re amazing
Just the way you are




Wednesday, February 16, 2011

Bukan putera raja yang kucari, tetapi putera agama

Lelaki idaman wanita solehah ialahseorang lelaki yang buta, bisu, bakhil dan papa...

Biarlah dia seorang yang buta…

Buta kerana matanya sunyi dari melihat perkara-perkara maksiat dan lagha,Juga buta kerana kedua-dua matanya terpelihara dari memandang aurat wanita ajnabi…

Asalkan kedua-dua matanya terang dalam memerhati keagungan ciptaan Allah,Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Bosnia, Ambon dan seumpamanya.

Biarlah dia seorang yang bisu..

.Bisu dari pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan,Bisu dari mengungkapkan ungkapan yg bisa meracun fikiran,Juga bisu dari perkataan yang bisa mengundang kekufuran...

Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingati Tuhan,Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran,Asalkan dia petah membangkang kemungkaran,dan asalkan dia lantang menyuarakan kebenaran.

Biarlah dia seorang yang bakhil...

Bakhil dalam memberi senyumankepada wanita yang bukan mahramnya,Bakhil dalam meluangkan masa untuk membuat temujanji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya,Juga bakhil untuk menghabiskan wang ringgitnya untuk seorang wanita yang tidak sepatutnya...

Tetapi dia begitu pemurah meluangkan masa nyauntuk beribadah dengan Khaliqnya,Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya,Pemurah dalam memberikan nasihat dan teguran,Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya bahkan nyawanya demi melihat kalimah syahadah kembali megah di muka dunia!

Dan biarlah dia seorang yang papa...

Papa dalam melakukan perkara maksiat,Papa dalam ilmu-ilmu yang tidak berfaedahdan tidak bermanfaat,Juga papa dalam memiliki akhlaq mazmumah...

Tetapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahua nyang berfaedah lagi bermanfaat,Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlaq dan budi pekerti yang mulia,Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya,Dan dia seorang yang kaya dalam menanam impian untuk menjadi seorang syuhada yang syahid di jalan Allah!


Yang dicari bukanlah putera raja,tetapi seorang putera agama...

Yang diimpi, biarlah tak punya rupa,asal sedap dipandang mata...

Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani,asalkan sihat rohani, sempurna hati...

Yang diharap, bukan jihad pada semangat,asal perjuangannya ada matlamat...

Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang,kerana ku sedar diri ini hanyalah serikandi dengan silam yang kelam...

Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata,cukuplah akad dan janji setia...

Dan yang akan terjadi,andai tak sama kehendak hati,tetap akan ku redha dengan ketetapan Ilahi…



Monday, February 7, 2011

Niat wuduk



UTK AMALAN BERSAMA..

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah,berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah,janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunglahdaku dari terik matahari di padangMasyar dengan Arasy Mu".

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah,ampunilah dosa telinga ku ini".

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah,permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, Bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukantempat-tempat maksiat".


Penjelasannya:


1. Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah

2. Ahli syurga mukanya putih berseri-seri

3. Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan

4. Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri

5. Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala

6. Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll

7. Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali

8. Qada' dan Qadar kita di tangan Allah

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yangdituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri.

WALLAHUALAM..

p/s: creadit tuk PERCUBAAN PERTAMA