| |

Meke2 yg ska bebel

Monday, January 31, 2011

Kisah cinta Sizuka dan Nobita..

Di suatu malam depan panggung wayang…

Sizuka : Best tengok wayang dgn awk td..kelakar je cerita tu..xbosan kan?

Nobita : A’ ah xbosan. Best!

Sizuka : Kalau best, knp awk letakkan kepala awk kat bahu sy & beritahu sy y awk mengantuk?

Nobita : Errr~ hehe..

Sizuka : Nasib baik kita pakai sweater kn awk? Kalau x, mesti sejuk dalam tu td.

Nobita : A’ah..btul3! Xdela sejuk sgt td bila dah pakai sweater ni.

Sizuka : Klu xsejuk, kenapa awk pegang tangan sy & beritahu y awk sejuk?

Nobita : Errr~ hehe..


mereka pun menuju ke i-city


Sizuka : Awk, sy cantik x?

Nobita : Awk kn syg sy..mestilah cantik..

Sizuka : Kalau sy ni betul cantik bagi awk, kenapa bila sy pakai baju-baju tertentu baru awak akan puji sy cantik. Kalau sy pakai baju longgar, awk diam je..kadang-kadang awk akan tanya saya kenapa pakai baju besar..kalau sy pakai baju ketat, baru awk puji sy cantik..knp ye?

Nobita : Errr~ hehe..


Mereka pun tiba di i-City.


Sizuka : Jom snap pic wak..sy nak tangkap gambar awk bawah lampu tu.

Nobita : Kita tangkap gambar berdua la syg. Meh sini, duduk sebelah sy. Rapat sikit, nanti xmasuk plak gmbr awk..

Sizuka : Boleh ke rapat-rapat ni?huu

Nobita : Takpe de..awk kn awek sy..

Sizuka : Awek je..bukan isteri yg sah..

Nobita : Errr~ huhu..

Sizuka : Nanti sy simpan gambar kita ni dalam laptop sy ye wak.

Nobita : Alaa..upload la terus dalam fb.

Sizuka : Eh..boleh ke..xelok la wak..gambar tu dah la awk & sy je..yang ke-3 syaitan..pastu nak pergi heboh 1 dunia tentang dosa y kita buat..xmalu ke?huu

Nobita : Errr~ huhu..


Mereka pun pulang..


Sizuka : “Awk, awk syg sy x?

Nobita : Mestilah syg..syg sangat2 tau..haa

Sizuka : Buktinya??

Nobita : Eh..mcm ajak bergurau je..nak sy kiss pipi awk tu ke syg?hehe

Sizuka : Ish..apa ni? Teruknya pemikiran awk..huu

Nobita : Eh..errr~ huhu

Sizuka : Mak sy kata, kalau kita syg sesuatu tu, kita akan jaga sebaik mungkin.

Nobita : Eh..mestila! hehe

Sizuka : Tapi awk tipu sy!huu~

Nobita : Eh..kenapa plak sy tipu awk??

Sizuka : Kalau awk syg sy, mestilah awk jaga sy sebaik mungkin tp awk xjaga sy dgn baik pun..awk sentuh-sentuh sy, pegang tangan sy, cuba nk kiss sy,ajar sy buat benda bukan-bukan yg sy xpernah buat sebelum ni, selalu ajak sy keluar malam-malam.

Nobita : Owh..sekarang awk nak salahkan sy la ajak awk keluar malam?? Mak ayah awk yg bg izin tau!

Sizuka : Memang diorang y bagi izin tapi awk tau x y diorang jugak y akan tanggung dosa sy dgn awk malam-malam macam ni sbb diorang bg izin pada sy ank perempuan diorang utk keluar dgn lelaki bukan mahram tanpa adik atau abang sy sebagai peneman pastu buat benda-benda xsenonoh! Pegang sana pegang sini..awk tau x panggung wayang tu mungkin sejuk bagi awk sampai terpegang tangan sy dgn sengaja, tp neraka tu teramat panas & tangan awk y memegang tangan sy tu akan dibakar dalam api neraka berulang kali..awk sedar x semua tu?? Tangkap gambar nak kepit-kepit, padahal boleh je tangkap gambar sorang-sorang kan..then, nak heboh kat 1 dunia. Pastu nanti org ‘like’ awk pun suka sebab orang tau siapa awek awk & hubungan awk dan sy kononnya bahagia tapi awk sedar x yang malaikat sentiasa mencatat segala apa yg kita buat..awk ada ilmu agama..klu xde ilmu agama pun, awk tau benda tu salah..tp kenapa masih buat? Awk sedar x semua tu??? Ingat Allah tak waktu awk buat semua tu?? Awk tu belum tentu jodoh sy, nak sentuh-sentuh sy. Kalau da awk nak sentuh-sentuh sy, apa je y suami sy boleh dapat special dari sy sbg isterinya y sah? Awk nak ke isteri awk dah macam sisa orang? Awk mesti akan cakap awk akan pastikan y awk akan nikah dgn sy sebab tu awk boleh sentuh-sentuh sy..tp awk sedar x y awk tu siapa?? hanya hamba Allah...awk bukan tuhan utk tahu siapa jodoh sy & jodoh awk..awk sedar x semua tu??? Klu betul awk syg sy, awk jaga lah sy baik-baik, beri sokongan sy jd muslimah solehah…dekatkan diri pada Allah, mohon pada Allah supaya izinkan kita dijodohkan bersama kerana sy ni milik Allah..ibu bapa hanya penjaga sy, mereka menjaga sy dgn penuh kasih sayang & didikan y baik sehingga sanggup memberi kepercayaan pada awk utk menjaga sy, tp awk jaga sy x??awk jaga sy x?? x kan..awk bawa sy kea rah keburukan..awk sedar x semua tu??? Banyak lagi y awk buat kat sy, sy pun terlalu kurang pandai ikutkan je kemahuan awk..nanti kat neraka bila Allah soal sy dgn dosa-dosa maksiat y kita buat, bukannya awk dapat backup sy dpn Allah..kn?? Tolonglah tahan diri tu sehingga kita dah sah dinikahkan..huuu~

Suasana bertukar menjadi suram...sehinggalah nobita mula meluah perasaan...

Nobita : Kenapa x dari dulu awk cakap semua benda ni?? Kenapa bila kita dah lalui macam-macam baru awk nak luahkan semua ni???

Sizuka : Sebab sebelum awk nak couple sgn sy, awk janji yang awk akan jaga sy baik-baik. Awk suka dengan saya pun sebab bagi awk sy baik tapi semakin lama awak makin berubah. Perubahan awk turut merubah diri sy. Baru sekarang sy luah semua benda ni sebab selama ni sy sentiasa menanti agar Nobita y dulu kembali. Nobita y menjaga sy dgn baik. Sy tunggu Nobita tu..tunggu & terus menunggu kerana sy sayangkan dia. Tapi semakin lama sy tunggu, semakin menjadi-jadi...awk fikirlah baik-baik apa y sy sampaikan...kalau awk masih xberubah, lepaskan sy kerana Allah..

Nobita : ......


[Pesanan : kepada pasangan yg hangat menyulam cinta & kasih sayang, jagalah batas anda! Ingat larangan Allah…cinta itu indah krn Allah yg menciptakannya tapi jangan sampai cinta utk Allah itu dinodai oleh cinta manusia..menjadi kebiasaan, dalam berkasih ada kesalahan y akan dilakukan..seringlah muhasabah diri & beranikan diri untuk mula buat perubahan..beranikan diri menegur pasangan sebelum Allah menegur dengan pembalasan & azab..wallahu’alam~]

peringatan utk semua, beribu kali peringatan utk diri y teramat hina ini~



Saturday, January 29, 2011

Award Untuk Semua....

Photobucket

salam..hai3...ari nie aku dengan senang hatinya nak bagi korang semua award...tercetusnya idea ini sebab TARGET dah tercapai..dalam diam2 aku mencari siapakan FOLLOWER bertuah yang ke 222..hek3..tahniah aqWeeda , kerana sudi jadi follower aku yang ke 222..cantik an nonbor 2~~kat cini aku serta an gambar yang telah di printscreen oleh aku..tapi sayang..napelah aku xwat malam tadi t nampak la no 222 tue an..


disini jugak aku sertakan link ke blog beliau..kalau sudi poie la singgah..tak luapa juga untuk semua followerku yang lain..silalah ambik award ini kerana ini tanda perhargaan untuk korang semua..aku sayang korang semua..majulah kita bersama2..daa....

Friday, January 28, 2011

Ketika lelaki menangis..


Kata Siapa Lelaki tak pernah Menangis ?

bahkan kadang jiwa dan hatinya lebih halus dari wanita

tersembunyi di balik kegagahan wajahnya

Mungkin ia tak pernah menampakan air mata itu di depanmu..

tapi yakinlah di saat engkau tidak tahu

di jejak dia berangkat kerja

atau dalam duduk tafakur setelah sholatnya

kadang air mata itu tumpah

Karena akal mendominasi jiwanya

maka yang kau temukan hanya ketegaran

tapi coba kau tengok matanya

setelah ia mengimamkan sholat tahajud malam itu

ada kilatan cahaya embun yang menetes dalam ketegaran…

atau ketika dia tertunduk letih

setelah berjam-jam mencari nafkah…

lihat sejenak mata itu…

maka mata adalah cermin jiwa…

Maka menangislah Umar bin Khattab ketika mengetahui ada rakyatnya yang kelaparan

sementara kita tahu, bagaimana tegasnya sosok lelaki ini..

tapi air matanya pun tumpah…..

Inilah Sosok Lelaki

sosok suami yang Allah menatapnya dengan kerinduan..

Mereka menjemput pagi dengan harapan

dan membawa malam dengan asa…..

Lihat lah Lelaki yang saat ini menjadi suamimu..

sesungguhnya Surgamu

ada pada Keridhoan-Nya…..

Lihatlah Lelaki yang Allah Mengatakan lewat lisan Nabi SAW kita..

“Barang siapa yang sore hari duduk kelelahan lantaran pekerjaan yang telah di lakukannya, maka dia dapatkan sore hari tersebut, dosa-dosanya di ampuni Allah SWT”

(HR.Thabrani)

Merekalah Lelaki Sholeh

yang menumpakan air matanya

seraya lisan dan hatinya berdoa…

“Ya Rabbana, berikanlah kebaikan untuk Istri dan anak-anakku kelak….. Jadikanlah Mereka semua Kesenanganku di Surga-Mu yang Maha Indah…..”

Inilah Lelaki dan Suami Sholeh

idaman bidadari tak hanya bidadari bumi

tapi juga Bidadari Surga, yang mengintip Menanti.

Amin Allahuma Amin…


Source : http://zafiruddin.blogspot.com/

Shared By Catatan Catatan Islami Page

Tuesday, January 25, 2011

Wanita dan haid..(mesti baca!!!)


WANITA

Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini...Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapahal ini boleh terjadi??Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orangPerempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetujudengan pandangan saya ini)

Contohnya saya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ;"adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan:

"alaa...itu soalan mudah jee..bila datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang mereka belajar sejak mula-mula'bergelar wanita' dulu"

Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa...

Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun.

Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur. Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yangluas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu.

Dalam BAB TIGA :" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..."perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :

PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID:

Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asarsebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.
2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'.

"Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)

HURAIAN MASALAH :

1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor? JWPN - Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar,maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)
2. Kenapa pula solatZohor juga perlu diqadha sama? JWPN - Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnyasudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat (menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.

1. Dalam perkara solat subuh pun sama :

* perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh,kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya
* Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu diqadha juga solat maghribnya.

Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2)cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.

Diharapkan tulisan saya ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yangberkaitan dengan diri mereka sendiri!!!



TOLONG SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN DEMI SAHAM AKHIRAT ANDA !!!

Monday, January 24, 2011

Mimpi Rasulullah SAW

Post kali ni tentang mimpi Rasulullah..MasyaAllah,mari sama-sama kita renung dan ambil ikhtibar..
Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan.... ...."

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan- kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang.

8. Aku melihat umatku cu ba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka
segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.



BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

Sunday, January 23, 2011

Kita Sebenarnya.....

Kita Sebenarnya.....

......lebih gembira menyambut 1 Januari daripada 1 Muharram !
......lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal !
......lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat !
......lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan !
......lebih suka lepak, tidur, tengok TV...dll daripada Solat dan mengaji !

......lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah !
......lebih suka menyebut hello! dan hi! daripada Assalamualaikum !
......lebih suka menyanyi dangdut, rap, hip-hop...dll daripada berwirid atau bertahmid !
......lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri !

......lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama !
......lebih suka ke konsert, karaoke daripada ke ceramah agama !
......lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka !
......lebih suka mencarut, @#!*@!! daripada menyebut MasyaAllah !
......lebih suka kemungkaran daripada membuat kebaikan !
......lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita !
.......lebih cintakan dunia daripada urusan akhirat !

TETAPI bila ditanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab bahawa...

KITA SEBENARNYA.. ....lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka !

Layakkah kita dengan Syurga Milik Allah???



WALLAHHUALLAM

Friday, January 21, 2011

Apa maksud "Open Relationship"?

Menurut pemerhatian saya, ramai antara kita yang meletakkan Open Relationship sebagai status tapi berapa ramai yang tahu maksud sebenar status itu?

Dipetik daripada wikipedia

An open relationship is a relationship in which the people involved agree that they want to be together, but in which romantic or sexual relationships with additional people are accepted, permitted or tolerated.

yang bermaksud:

Open Relationship ialah sebuah hubungan di mana mereka yang terlibat setuju yang mereka mahu bersama, tapi di mana hubungan romantis dan seksual dengan kehadiran orang lain diterima, dibenarkan dan ditoleransi.

Maka dalam erti kata lain, orang yang meletakkan Open Relationship sebagai status mereka tidak kisah melakukan hubungan seksual dengan sesiapa pun, maka amat menyedihkan apabila umat Islam sendiri menggunakan status ini.

p/s: Sila sebarkan agar orang bukan Islam yang faham maksud sebalik Open Relationship tidak memandang remeh pada umat Islam.

Harap Maklum.

Thursday, January 20, 2011

Alah! Perempuan Pakai Tudung Pun Perangai Buruk Nak Buat Apa!!!

As-Salaamu ‘alaikum…
Kebanyakan wanita bertudung atau yang sentiasa berusaha menjaga auratnya sering menghadapi perlian seperti di atas. Maka berikut adalah beberapa jawaban saya yang mungkin dapat membantu rakan-rakan muslimah bagi menjawab perlian tersebut. Saya letakkan dalam bentuk point supaya lebih mudah dan kelihatan ringkas.

1 – Kebaikan seseorang tidaklah dinilai berdasarkan akhlak, perangai, mahupun dressing semata-mata. Tapi, dinilai bermula dari dasar akidah dan keimanan seseorang itu kepada Allah. Dinilai mengikut seberapa usaha untuk mereka taat kepada Allah. Inilah aspek pertama yang sewajarnya kita tanamkan dalam diri masing-masing yang mengaku sebagai muslim.

2 – Suruhan pemakaian tudung dan menutup aurat bukanlah untuk fesyen atau suka-suka. Tapi adalah kerana ianya merupakan perintah Allah. Berakhlak baik juga merupakan suruhan dan tuntutan sebagai muslim. Tidak kira siapa saja insan yang bergelar muslim, maka dia wajib menutup aurat seperti yang diperintahkan dan berusaha memiliki akhlak yang baik.

3 – Setiap muslim itu tidak terlepas dari setiap kewajibannya. Biarpun anda seorang pembunuh, perompak, penyamun, penzina, mahupun kaki lepak. Anda sebenarnya tidak pernah terlepas untuk menunaikan kewajiban bersolat! Sekiranya anda telah sah muslim. Jangan ingat andai anda seorang yang jahat, maka anda terlepas dari kewajiban solat? Sungguh tidak sama sekali. Jika anda jahat (eg. Pembunuh, perompak…) sekalipun, anda tetap wajib jalankan perintah Allah, bahkan wajib segera tinggalkan kejahatan anda tersebut. Begitu jugalah dengan kewajiban bertudung! Biarpun anda seorang yang jahat dalam hal yang lain, jangan ingat anda patut tinggalkan penutupan aurat. Anda tidak pernah terlepas dari kewajiban itu, walaupun anda menganggap diri anda masih tidak layak bertudung… sungguh, itu semua hanya imaginasi sampah anda sahaja.

4 – Perangai yang tidak baik adalah kesalahan. Tidak menutup Aurat juga satu kesalahan. Jika anda tinggal dua-dua (tutup aurat dan berakhlak baik), anda telah lakukan dua kesalahan. Jadi, berusahalah untuk lakukan dua-dua.

5 – Mereka yang mengatakan statement “Alaah! Perempuan Pakai Tudung Pun Perangai Buruk!”, Sebenarnya, akhlak andalah yang rosak. Malahan ditambah dengan satu lagi kerosakan, iaitu kerosakan minda dan jiwa. Anda sebenarnya telah memperlekehkan hukum Allah. Anda juga telah memperlekehkan insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat). Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yang menutup aurat tersebut apabila anda berani melafazkan kalimat keji seperti itu, sedangkan anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka?! Kenapa anda mencerca insan yang berusaha untuk memakai pakaian yang disarankan oleh Allah? Apakah pakaian anda sudah lebih baik berbanding apa yang telah Allah tetapkan? Anda mahu lawan Tuhan?

6 – Penilaian baik dan buruk, atau cantik dan tidak cantik… semuanya adalah tidak muktamad pada kacamata hati dan fikiran manusia. Tetapi, ia mestilah berpandukan kepada petunjuk Allah dan Rasul-Nya. Kita tiada hak sedikitpun dalam menetapkan syari’at2 tertentu di dalam agama dan kehidupan ini. Bahkan, kitalah yang wajib menundukkan hati kita kepada-Nya. Allah berhak menetapkan segalanya. Allah juga sebenarnya telah amat banyak memberikan kelongaran kepada kita. Namun, kebanyakan manusia itu sahaja yang sememang tabiatnya gemar melampaui batas. Berbahagialah kepada sesiapa yang berusaha sedaya upaya dalam mentaati Allah.

7 – Adakah, manusia yang gagal dalam sesuatu ketaatan itu wajar meninggalkan ketaatan yang lainnya juga? Adakah manusia yang bergelar pembunuh itu wajar meninggalkan solatnya? Adakah insan yang belum sempurna akhlaknya itu tidak sepatutnya menutup aurat? Adakah mereka orang yang tidak cukup puasanya itu tidak perlu membayar zakat? Saya katakan… anda siapa untuk mengatakan mereka tidak layak? Bahkan, solat itu tuntutan ke atas seluruh umat Islam. Begitu juga penutupan aurat.

8 – Sewajarnya, dalam keadaan seperti ini… kita sewajarnya saling nasihat-menasihati. Agar dapat menambahkan kesempurnaan diri dalam usaha mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Melainkan ada kerosakan di dalam hati dan jiwanya, pasti tindakannya hanya mahu memberontak dan tidak senang dengan orang lain dan terhadap apa yang diturunkan oleh Allah kepada-Nya. Ketahuilah, wujudkah manusia yang benar-benar sempurna?

Ayuh, bersegeralah kita kepada syurga Allah. Burulah redha Allah dengan ilmu yang sahihah!

"Sesiapa yang memakai pakaian demi kemasyhuran, maka Allah akan memakaikannya pada hari Qiamat yang semisal, kemudian membakarnya dengan api neraka (Sunan Abu Daud: 4029. Di-nilai hasan oleh al-Albani)

“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (al-A’raaf 7: 26)

Al-Faqir illallah Nawawi Bin Subandi as-Salafy wal-Atsary http://an-nawawi.blogspot.com/

p/s:SEBARKAN OK..

Wednesday, January 19, 2011

PANAS GILER : Penipuan blogwalking (entry ni den copy paste dari pendekar berkuda)

Kegilaan penipuan penggunaan taktik kotor berblogwalking rupa-rupanya menjadi permainan harian sang blogger-blogger ini. Sungguh tak ku sangka. Mereka fikir perbuatan mereka tidak mungkin akan dapat dihidu tetapi mereka tak sedar bahawa sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga~!

Anda nampak tak screen-shoot di atas? Masih belum mahu bertindak lagi untuk menukar CBOXanda kepada Shoutmix?? Masih belum mahu lagi melakukan "Website Lock" terhadapShoutMix anda? Okay, pendekar akan berikan ini kepada anda~! Supaya anda tahu bahawa mereka-mereka di atas ini adalah penipu di dalam dunia blog~! Mereka meninggalkan jejak di shoutbox anda tapi mereka langsung tak melawat blog anda sebenarnya~!


Trafik~!! Ya~!! Trafik nya di mana bang?? kata dalam kotak CBOX aku ni korang singgah... tapi mana traffic source blog korang?? Korang ingat aku buta ka?? Korang ingat aku ni terlampau bodoh ke nak percaya dengan korang ni??

Satu lagi yang memang tindakan bebal lagi tolol korang ni. CBOX ni aku sorokkan la derrr... Macam mana korang boleh masuk kat dalam pulak?? Pastu pretend yang korang mai blog aku ni?? Memang kurang ajar la korang ni kan?? Memang nak kena hentam la kan kan kan??

Alo bro Sembang Kosong~!! Aku cukup tak sangka kau pun join diorang gak yea~! Dah la koleksi lawak-lawak kat blog kau tu Copy Paste~!! Kau menipu lagi dengan trafik kosong ke blog aku ni ye~! Dah berapa lama kau buat kerja kotor ni bro~???? Aku sangat panas hati ni~!!! SAKIIIIITTTTTT~!!!!! PANAAAAAASSSSSSSS~!!!!!!!!!!!!!!

Patutlah blog kau lebih banyak follower kan?? Trafik pun selalu tinggi kan?? rupa-rupanya diorang tertipu dengan permainan tipu daya kau ni.... memang melampau lah bro~! Kau memperbodohkan orang lain tu memang sangat melampau~! Kau cuma datang kat shoutbox je tapi tak datang kat blog. So, mana trafiknya kat situ??

Kalian nak tahu link2 dia? siapa kah si jahanam semua ni?? Ni ha pendekar senaraikan semua sekali~! Supaya anda tahu siapakah mereka-mereka ini. Supaya mereka tahu apa padahnya menipu kita~! Biar mereka rasa akibatnya menipu kita~!!

  1. Newbie - http://www.wowberita.com/
  2. Kasim Ahmad -http://bulanpurnama89.blogspot.com/(BulanPurnama MariLompat)
  3. Innovator - http://rosyur.blogspot.com/
  4. Joe - http://www.joharihamzah.com/blog
  5. Fashion Girl - http://www.samredgroup.co.cc/
  6. SK - http://www.sembangkosong.com/ <---- kalian kenal dia ini ~!!!
  7. Popolita - http://popolita.blogspot.com/
  8. Cilupbah - http://cilupbah.blogspot.com/ (kalian pasti kenal dia~!)
  9. Anggur - http://akujobless.blogspot.com/
  10. Melati Putih - http://d-ina-pengantin.blogspot.com/
  11. Cahaya Cinta - ask-me-photographer.blogspot.com/
  12. Suhaisweet - http://suhaisweet.blogspot.com/
  13. GetMovie124 - http://getmovie124.blogspot.com/
  14. Umar Yang Cute - http://salam1malay.blogspot.com/ <---- Kalian PASTI KENAL~!
  15. Blur a.k.a Jiwa Kacau - http://www.jiwakacau.com/ <---- kalian kenal dia~!!!
  16. Syamsid - http://flymoo.blogspot.com/
  17. Joe a.k.a Faizol-1 - http://questwinintravel.blogspot.com/

Biar apa pun alasan mereka. Yang salah tetap salah. Sama ada mereka mahu meminta maaf ataupun teruskan dengan ego mereka~! Silakan kalau kamu mahu~! Akan aku hentam kamu sehabis mungkin~!! Dasar blogger PENIPU~!!!

Ini hanya sebahagian sahaja daripada sekian banyak lagi blogger2 yang berkeliaran di kalangan anda.. percayalah.. anda akan temuinya di mana mana.

Tak usah di tanya bagaimana nak detect mereka. Tapi buatlah apa yang telah pendekar suruh anda sekalian buat di sini ---> LINK

dan kalau kamu nak tahu apa yang mereka buat dan bagaiman mereka buat, pergi kat SINI
dan jangan abaikan 2 entry pendekar sebelum ini~!!

SEBARKAN KEBENARAN INI KEPADA ORANG RAMAI~! JANGAN DISIMPAN~! MEREKA INI PATUT DI AJAR~!


ENTRY INI AKU COPY DARI SURATAN KEBETULAN, UTK LEBIH INFO SILA KE : PENDEKAR BERKUDA


p/s:cis!! aku pun terkena tau...bencinya!!!

Tuesday, January 18, 2011

Wanita ibarat Epal.


Wanita ibarat Epal.
Epal yang tidak berkualiti amat mudah di perolehi kerana ia berguguran di tanah.
Tapi epal yang tak mampu di beli berada di puncak.
Susah di petik, susah di gapai.
Terkadang epal itu risau,kenapa la diriku belum di petik?
Lantas ia merendahkan martabatnya dan mengugurkan diri menyembah tanah.
Sedangkan ia sebenarnya Allah jadikan begitu tinggi martabatnya, sehingga tidak ada sesiapa berani memetiknya.
Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu.
Mungkin bukan di dunia tapi di akhirat?
Biarlah jodoh bukan di dunia asalkan cinta Ilahi mengiringi..... :)

p/s:cinta ilahi cinta yang agung...

Kelebihan seorang wanita..

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali, Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh, Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat, 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil, Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Sunday, January 16, 2011

Wuah3!! khurafat cite kalakar~~


salam..
salam satu malaysia... sebelum 2 biar aku gelak dulu ek.. hahahahahahahaha..hahahahahahaha.. semalam xdapat nak gelak puas2... dalam panggung kot,sia2 kena sound tepek t..

Al-kisah,macam nie cite nya..semalam aku keluar dengan bff aku..kita orang pergi mahkota parade nak tengok wayang..memang aku idam2kan nak tengok cite khurafat nie..bila dah time,aku pun masuk panggung..cite pun stat..xlame 2 dah stat dengar orang jerit..xpew aku xkesah..die orang takut sebab 2 jerit an..pas 2 member aku plak jerit ditariknya tangan aku..xboley blah betul tengak gelagatnya..aku pun gelak la..

xcukup ngan 2,dikejutkan plak ngan budak kecik ketawa,pew lagi sume gelak la..pelik an..tengok cite seram budak kecik 2 boleh kwtawa pulak..aku pun bantai gelak..lepas 2 akak yang duk belakang aku nie xhabis2 menjerit,siap ckap kat balak dia,xnak tengok...xnak tengok..tapi die tengok jugak..memang kelakar la..aku pun apa lagi batai gelakkan akak 2 terbahak2,ada gak la yang join aku gelak..

ish3...buruk an perangai aku..tujuan aku nak tengok cite seram x menjadi..nak dapat feel seram pun memang xdapat la..sebab aku bantai gelak jew memanjang..apa2 pun cite 2 memang best..aku suka..puas hati la tengok..macam 2 la cite nya..sekian..

p/s:tiap kali tengok cite seram mesti aku gelak..cite 2 xseram kew sebenarnya???

Saturday, January 15, 2011

berukband yang lembab!!!


salam...
salam satu malaysia..
kepada blogger2 yang sudi singgah di blog aku..
aku ucapkan ribuan terima kasih..
maafkan aku sangat2 sebab xdapat nak berkunjung ke blog anda semula..
ini kerana "BERUKBANDKU" terlalu lembab,dah macam kura2..
(nie semua salah adik aku nie..ari2 on9 xigt dunia)
diharap anda semua dapat maafkan aku ek..
bila dah laju berukband nie,dengan pantas aku singgah balik blog korang..
sekian terima kasih..

p/s:ayat ntah pape la aku nie..

Friday, January 14, 2011

Aku semakin naik lemak!!!


salam..
salam satu malaysia..
2,3 hari nie selalu ujan jew..
ini membuat aku semakin naik lemak..
kenapa aku cakap aku naik lemak,sebab..
bila hujan jew aku suka tido..hahaha..
jadi malas jew..susah an macam 2..
wuah3~~buruk an pagai..
pape pun aku suka tito...
tapi aku lagi suka update blog...
tapi nak wat macam mane,keadaan x mengizinkan ...
aku tuk selalu update blog..
selagi xdapat lappy baru,selagi 2 la aku..
jarang2 update blog...
sekian dari aku...daa...

Friday, January 7, 2011

Selamat jalan Lappyku~~

salam...
salam satu malaysia..
lamanya x update blog...
rindulah jugak..tapi apa kan daya..
lappyku xdapat nak berkhidmat untuk aku lagi..
lappyku sakit..hahaha..so xdapat la nak guna...
wat masa nie kenalah poie cc kalau nak update...
xpon pinjam lappy ayahku..

p/s:bila lappyku nak kembali..(kena beli baru nie~~)


Tuesday, January 4, 2011

Doa tergolong orang soleh

Salam..
Diharap semua blogger sihat2 belaka..agak boasan hari ini,tiba2 tergerak nak baca buku yang baru jew semalm dibeli..tajuknya doa mustajab PARA NABI DAN RASUL..baca punya baca,saya dapati terdapat baca doa2 yang boleh kita amalkan..hari ini saya nak berkongsi sedikit ilmu iaitu doa tergolong orang yang soleh..surah diambil dari surah YUSUF baris yang ke 101..


Ertinya:-"(Ya Tuhan) Pencipta langit dan bumi. Engkaulah Pelindungku didunia dan diakhirat, wafatkanlah aku dalam keadaan islam dan gabungkanlah aku dengan orang-orang yang soleh."

p/s:semoga kita tergolong dalam golongan yang soleh..INSYA'ALLAH esok saya akan kongsikan lagi beberapa doa yang boleh kita manfaatkan bersama..



Sunday, January 2, 2011

10 Kebenaran Tentang Lelaki


1. Bila awak cakap dengan lembut, saya tak mampu mengelak dari memberikan perhatian.
2. Kadangkala awak perlu katakan “tidak” kepada saya. Bukanlah selalu, tetapi ini akan mengingatkan kepada saya bahawa awak ni seorang yang “mahal dan berharga”.
3. Tolonglah jangan tanya saya bagaimana rupa awak, kecuali bila awak benar-benar akan percaya jawapan saya nanti.
4. Bila awak rasa suka dan bahagia bersama saya, saya akan rasa lebih banyak lagi ingin membahagiakan awak.
5. Kalau saya rasa tidak dapat membuatkan awak suka dan bahagia, saya rasa seolah-olah bukan lelaki sebenar dan sejati.
6. Saya harap sangat awak dah bersiap dan bersedia bila saya tiba untuk menjemput awak.
7. Saya takut sekiranya saya membenarkan wanita berada di dalam hati saya, kemungkinan dia akan mengambil kesempatan.
8. Mungkin awak arif tentang fesyen, tetapi saya sangat berharap awak berpakaian untuk mengambil hati saya, bukan untuk menunjuk kepada wanita lain.
9. Kalau saya bercakap tentang golf dan awak nampaknya macam “boring” jer, kan elok kalau awak cuba ingat pada setiap masa awak bercakap, saya sentiasa mendengar dan beri perhatian tentang perkara yang penting pada awak.
10. Kalau awak sendiri tak percaya yang awak ni cantik, awak takkan percaya bila saya cakap perkara yang sama, tak kiralah berapa banyak pun saya katakan.


Read more: http://www.borakkosong.com