| |

Meke2 yg ska bebel

Wednesday, June 1, 2011

114 surat cinta yang tersia


Salam to all readers~ =) Cuba hayati kisah 'Saya dan Michiko' ini dan renung kembali. =)

saya dan Michiko

saya dan Michiko



Bayangkan. anda menerima sepucuk surat daripada seorang kekasih namun anda tidak memahaminya. Sedangkan ianya sebuah kata-kata cinta yang penuh bermakna. Allah itu telah mengutuskan 114 surat cintanya kepada kita (surah-surah dalam al-Quran.) Namun, bukan semuanya yang benar-benar kita fahami. Sedangkan surah al-Fatihah pun kita tidak berapa faham. T____T Apatah lagi surah-surah yang lain. Sedangkan surat-surat cinta yang Allah utuskan mengandungi peringatan serta kisah-kisah yang perlu diambil iktibar.


"Saya rasa selama ini pun kita dah tahu yang kita tidak tahu makna bacaan solat tapi kita bersikap tak apa, tunggu atau nantilah. Sedar tidak sedar sikap sambil lewa kita itu berlarutan sehingga puluhan tahun."

"Yalah, kita tidak serius dalam solat"

"Punca tidak serius dalam solat adalah sebab kita rasa solat tu tak penting"

"Bagaimana kita nak rasa solat ni penting even kita dah tahu yang solat ni penting ? "

"Kita tahu kepentingannya tapi tak terasa. Tak terasa pun kalau solat tertinggal, tak rasa bersalah pun if solat cincai-cincai tapi kalau hilang duit, rumah terbakar, harga barang naik, harga minyak naik??"

"Siapa yang rasa solat ni betul-betul penting?"

"Nabi Muhammad s.a.w kemudian para sahabat."

(Kisah Nabi Muhammad s.a.w yang bersolat sehingga bengkak-bengkak kaki akibat terlalu lama berdiri semasa solat. Juga bagaimana Abdul Rahman bin Auf r.a. yang menginfakkan seluruh kafilah yakni unta-unta dan segala isinya kerana ingin menebus kelewatannya bertakbiratulihram dalam solat jemaah pimpinan Rasulullah.)


"Mengapa kita berbeza dengan mereka?"
"Sebab kita tak rasa Allah itu penting dalam kehidupan kita"

"Kita hanya akan berhubung seseorang itu bila kita merasakan dia penting atau ada keperluan. Bayangkan apa perasaan kita bila kita berada di sebuah kawasan yang berada di luar kawasan liputan, handphone tak dapat guna nak call parents, suami/isteri/anak, kawan-kawan. Rasa macam kurang selesa kan?"

"Allah lebih penting dari segala-galanya. Sebab Dialah yang mengadakan segala-galanya."


"Bayangkan, kita umpama burung kakak tua yang berkata-kata tanpa memahami makna. Tak hairalah kalau hati kita lalai dalam solat. Jika tidak faham, bagaimana kita nak menghayatinya dalam kehidupan seharian? Kita sujud tapi hati kita tidak sujud. Kita ucapkan subhanallah tetapi tak terasa kita sedang mensucikan-Nya."


"Itu baru kalimah yang mudah-mudah. Tak masuk lagi doa iftitah, alfatihah, tasyahud, qunut dan lain-lain. Dah hafal tapi tak faham maknanya."

"Itu dah kira baik, ramai juga yang masih tidak hafal bacaan solat."
"Tu yang solat. Yang tak solat ?"

"Tak hairanlah kemungkaran berleluasa di tengah masyarakat. Bila tak solat, mana ada kemampuan dalam diri untuk tidak melakukan kejahatan dan kemungkaran?"

Hmmm. Saya berfikir dan terus berfikir. Sesungguhnya kita masih belum mampu membesarkan cinta UTAMA kita. Kita belum mampu merasakan Dia penting dalam kehidupan kita. Istighfar.

p/s: credit to doktor cinta~~

No comments: